Follow | Dashboard
contengan sengal
menjejaki SERATAS
Wednesday, 4 April 2012 • 2:29 pm • 0 comments

mengikut plan asal sebelum KPM tuka tarikh keputusan SPM diumumkan. mmg tarikh nih , 22 MAC 2012 aku nak ambik result ramai-ramai ngan member-member semua.  tapi memandangkan tarikh tersebut telah berganjak satu hari lebih awal dan membuatkan aku menangis serta migrain 2 hari berturut-turut *ni betul aku tak tipu* so mmg tarikh nih lah aku ambik result. oh aku tak cuak pun. sbb aku dah tau result aku sebenarnye. just aku pikir macam mane nak cover mata yang bengkak dengan selera makan yang hilang secara tibe-tibe.

ohh kawan aku sejak tadika, FARHAH AMALINA pun ikut gak. sebab aku rasa maybe dia bosan. lepas tuh mmg aku ade niat nak bawak dia jejak Seratas. yelahh . Seratas je lah. aku nih ? entah bile nak jejak Seseri kan ? hahah . oke dah cukup. so bile sampai je kat pintu pagar Seratas, oke satu perasaan datang. RINDU. yes. mmg itu lah perasaannya. kalau betul lah result keluar 22 Mac 2012, mmg time nih dah sesak dah aku rasa. tapi ape kan daya. rezeki nak jumpe semua member-member mmg tak de. sampai-sampai je kat depan dewan besar tuh, oke terus serbu kantin. sbb dorg semua tengah rehat. oke mmg bes sbb aku dapat salam peluk cium dorg yang mmg lama gile tak jumpe. panggila KAK MIMIE maseh ade, dan itulah yang aku paling rindu nak denga.

bile on the way nak jumpe ustaz, jumpe ex-adek-adek dorm. alahai. rindunye. dapat lah jugak jumpe semua kan. just ade lah 2 3 orang yang tak sempat nak jumpe. ye lah.. dorang dah FORM 5 kene lah paham. banyak kerja kene buat. tak ingat sape cakap tapi dorang ckp, Kak Mimie cantik ah. macam dah kerja. hahaha. aku pun speechless sekejap. mybe dorang tak pernah nampak aku macam nih lah kot. padahal aku biasa je. dah lah dengan mata bengkak semua tuh.

pastu aku pergi mintak slip result kat ustaz. bile lalu je kat blok baru tuh, ramai budak form 2 jerit.KAK MIMIE. alahai. ye saya. haha . rasa seronok diingati. mane lah tau kan. dah lah aku pernah bagi ceramah panjang lebar kat dorang. pastu marah-marah dorang tuh ade lah sikit. ala standard ah tuh.

ambik lah result dengan pasrah . err dengan harapan satu keajaiban berlaku namun semua tuh dah ditetapkan olehNYA. mungkin rezeki aku mmg smpai kat situ je kan. so redha je lah.

sempat lagi jumpe dengan Syaza, ADIB , Kucai, Habib, Amy, Nabiha, Pkah, Ikhwan Mirza. ramai lagi lah. tak larat nak type name sorang-sorang. eh eh . Kucai dulu tak pernah tau sembang ngan aku. tapi bile aku sampai Seratas, err 5 Zuhrah lah lebih saintifik tempatnya . dia berani bahan aku ngan Adib. oke itu sakai. hahah .

well , best lah jugak actually. tak dapat jumpe member. but junior hampir satu batch aku jumpe. ohh sangat bersyukur.  tapi sedey tuh ade. sbb aku tak dapat nak jumpe Muaz , Kiki. kalau diorang tau yang mmg aku rindu gile kat dorang . . . haih . . . *sigh* tapi sempat jumpe Nik Omar :) nak jumpe semua cikgu pun memang tak lah kan.

lagipun mmg dah kelam mane nak hantar baby skolah lagi kan. alahai . tuh lah aku cakap nak drive sendiri balek Seratas tak nak bagi. kan dah kelam. oke Mimie mungkin patut stop bajet hafa jalan nak pergi Seratas. hahah . tau bising je. selama nih pergi skolah kau tido je oke , Mimie ?

petang tuh dengan berat hati aku pun balek lah ke Batu Gajah. oke mmg sedey. aku tak ulang bende yang same aku buat masa habis SPM . at least masa nak blah tuh aku pandang lah jugak perkataaan SERATAS yang aku cat tuh kan. ehem. at least ade lah  jugak jasa aku yang aku bule ingat kan even bende tuh dah diubah. dan dicat semula !! oke rileks mimie rileks.

dan sampai je kat Batu Gajah, memang tak reti reti nak balek rumah. aku ngan Farhah lepak kat KFC. dah makan bergosip bagai ayuuuuuu berbaju kurung, D-r datang. yeah. dah ah dia datang naek kereta uuuuuu memang bes lah :) lepas beli no pin untuk IPG, so balek lah kan . ape lagi. eh nak cakap . aku takkan lupe kan baju kurung yang aku pakai tuh. aku pakai tudung hitam . aksesori mata bengkak. baju putih . uuuuu kaen ade lah warna hitam kelabu sikit. hahaha.  baju tuh aku pakai masa raya aku FORM 4 . hahah . muat lagi kot. uuuuu . ternyata Mimie tak membesar . hahah .

balek rumah D-r, pastu baring tidur dalam bilik . hahah . terkejut masuk bilik dia. sbb masa kenduri hari tuh gile heaven masuk bilik dia. katil kemas. bilik kemas .PERFECT ah ! beberapa hari lepas kenduri. dah macam kene ribut. alahai Nadhira. . Nadhira . . .

lepas balek tuh, Mama cakap , nah lesen P kamu . hahah . oke dah ade lesen P .

eh , thanks eh strawberry ngan cadbury hazelnut tuh :)

adek adek semua , Kak Mimie rindu korang :) sangat-sangat. take note.

lambat gile aku update pasal result nih . nak tau result aku berapa ? oke jawapannya : TAK STRAIGHT A pun . oke cukup lah tau pasal tuh je kan ? hahah .

payah untuk menerima kenyataan, namun NUR SHAMIMIE HIDAYAH perlu belajar untuk kenal erti R.E.D.H.A. :)

yeah . Lehud cakap . REDHA ITU PERIT . tapi keperitan itulah yg membawa kebahagiaan kelak :) itu lah yang Lehud cakap kat aku :)

yeah . Shamimie akan terus REDHA . meski perit :) ade hikmah sebenarnya :) chill yeah !

SOME WORDS!


assalamualaikum,welcome to my blog.if you find my blog is attractive,do follow,if not,it's okay,thanks(:
Profile
Stuff
Tagboard
Rewind



Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: YOUR NAME